premiumbeautifulcorset

Monday 1 April 2013

Happy Birthday to My Beloved Mother


Mama I love you, Mama I care 

Mama I love you, Mama my friend 


Hi there,

Hari ni adalah hari ulangtahun mamaku yang ke-63 tahun.  Alhamdulillah kami dapat meraikan bersama-sama walaupun abangku nun berada jauh di seberang laut.  

Doaku buat mama, semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.  Terima kasih kerana melahirkan kami dan membesarkan kami tidak kira susah dan senang.  Semoga mama sentiasa diberkati oleh-Nya....Amin



                                                        I Love You Mama!!! 


Sempena birthday mama, saya dan suami menghadiahkan pakej spa dari Taman Sari Royal Heritage Spa.





Kami memilih pakej Pengimbang Raga (Physical Conditioning Program) untuk mama.  Pakej ini adalah untuk menyegarkan dan menambahkan kekuatan badan setelah seharian penat bekerja.  Kebetulan last week jadual mama sangat pack dengan kenduri kawen dan tempahan catering.  Memang sesuai pakej ni diambil so mama boleh rest sambil diurut, di scrub dan kemudian mandi susu. 

The best thing is sang suami dengan baik hati nak sponsor sang isteri menikmati pakej spa ni sekali.  Kebetulan birthday sang isteri dah semakin hampir, hadiah katanya.....alhamdulillah. Dengan happy sang isteri menghabiskan masa 2 jam diurut, scrub dan mandi susu.  Sambil sang isteri dan ibu mentuanya di spa, sang suami pula pergi menghabiskan masa menonton filem :-



Bagi pembaca yang sedang mencari pakej SPA yang berpatutan dan bersesuaian, saya galakkan cuba pakej yang disediakan oleh Taman Sari Royal Heritage Spa (Mustika Ratu) yang terletak di Taman Shamelin berhadapan dengan Pasaraya Segi dan shopping mall yang saya xpasti apa nama shopping mall tu eyh....hmmmmm.

Layanan yang diberikan sangat memuaskan dan tempat sangat selesa untuk menghilangkan stress setelah seharian penat bekerja.  Selain pakej spa, ala carte juga disediakan seperti sauna mahupun facial.  

Selamat menjamu selera dengan gambar-gambar yang sempat di capture sebelum saya lena dibuai mimpi sambil diurut.....hehehehe














For more information,please log on:-

http://www.tamansariroyalheritagespa.com/







No comments:

Post a Comment