premiumbeautifulcorset

Monday 6 June 2016

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN - AMAL MENU DIET SIHAT KETIKA RAMADHAN

Assalamualaikum
Salam Ramadhan Kareem readers,

Bulan puasa ni biasa kalau berbuka mesti penuh meja makan kan. Biasalah kalau seharian dah berpuasa bila pegi PARAM (Pasar Ramadhan) mesti rasa macam-macam nak beli.


Jom Wanie nak kongsi dengan u olls Tips kekal sihat ketika Ramadhan.


1. Minum AIR dengan secukupnya sekurang-kurangnya 1.5 liter setiap hari. Pastikan u olls minum segelas AIR sebelum SAHUR, selepas BERSAHUR, selepas BERBUKA, sebelum solat TERAWIH dan selepas solat TERAWIH. Jangan lupa segelas AIR sebelum tidur tau.


2. Amalkan DIET SIHAT ketika BERBUKA. Pastikan pilihan makanan yang sihat ketika berbuka. U olls boleh pilih makanan dengan KARBOHIDRAT kompleks dan air putih, ikan atau daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.


3. Elakkan berbuka dalam kuantiti banyak. Mulakan dengan makan buah KURMA, diikuti dengan buah-buahan dan air. 


4. Boleh amalkan makan tiga kali sehari, Bersahur, Berbuka dan selepas terawih.


5. Sementara nak tunggu waktu Berbuka, u olls boleh amalkan senaman ringan so that tubuh akan kekal aktif dan bertenaga.


Next, Wanie nak kongsi Makanan yang harus kita elakkan ketika BERBUKA PUASA.


1. Minuman BERAIS.  Seharian BERPUASA mesti DAHAGA kan? 1st thing yang kita cari bila berbuka semestinya AIR SEJUK. Opppsss sebenarnya tak boleh sebab minum ais ni boleh meletihkan badan kita selain tu boleh menggangu selera makan kita.


2. Jauhkan makanan yang BERLEMAK. Boleh menyebabkan KEGEMUKAN. Elakkan juga makanan yang BERGORENG dan BERMINYAK.


3. Makanan dan minuman yang BERSANTAN pun kita kene elakkan tau. Tak baik untuk KESIHATAN.


4. Elakkan minuman BERSODA, sebab boleh menyebabkan perut u olls sakit dan ganggu sistem pencernaan. 



Semoga tips yang Wanie kongsi ni dapat bantu uolls KEKAL Sihat di Bulan Ramadhan.

Selamat Berpuasa semua. 
Semoga amalan kita di bulan mulia ini diredhaiNya. Amin



Wanie Zaaba
Your Trusted Premium Beautiful Expert
016-7707061


No comments:

Post a Comment